Friday, October 3, 2014

CONTOHI HELANG

Jom serap sifat helang yang popular sehinga Amerika menjadikan EAGLE sebagai simbol ketenteraannya

Keunikan helang = kebebasan + kekuatan di udara+ketajaman mata + kekuatan kuku &paruh dan sebagainya kecuali fikirannya tidak sehebat manusia



Tahukah Anda? 


Purata hidup mereka lebih kurang sama saja dengan umur kita nie 70~80 tahun



Apa yg menariknya ialah ketika helang ini berumur 40 tahun mereka akan 'bertapa' ke dalam gua dikawasan pergunungan.


Pada waktu inilah helang yang sudah 'begin 40' dapat ilham dari ALLAH supaya memilih antara dua. Mahu berubah atau mahu mati? Kalau tak mahu berubah bersedia sahaja untuk mati di gua itu.
Helang yang mahu hidup membuat keputusan untuk berubah.Dia mahu hidup 30 tahun lagi.Hidup dalam 40 tahun macam tak cukup je.Namun keputusan untuk menyambung hidup 30 tahun lagi bukan sesuatu mudah.Perlu pengorbanan yang sangat memeritkan


Helang yang berumur 40 tahun 

Sudah tumpul kukunya.Cengkaman tidak kuat lagi.Jadi helang ini terpaksa mencakar dinding gua sampai kuku yang tumpul tadi patah dan akhirnya tercabut.Dia akan membuat latihan ini setiap hari sehinggalah kuku yang baru tumbuh.Dalam proses ini helang tadi terpaksa menahan sakit dan sengsara semata-mata untuk hidup 30 tahun lagi.Mereka mana ada ubat bius



Paruh helang ini suatu ketika dahulu tajam dan berlekuk tetapi kini sudah tumpul.Sekali lagi helang memaksa diri mematuk dinding gua sehingga paruh patah dan menunggu tumbuh baru.Waktu ini mereka tidak perduli sama ada sakit,berdarah atau luka.Apa yang penting terus berusaha untuk hidup 30 tahun lagi. Ada target dan sasaran

Bulu helang pula ketika berumur 40 tahun sudah gugur dan tidak berkilat lagi.Pada masa inilah helang tadi akan mencabut satu persatu bulunya sendiri supaya tumbuh baru.Bayangkan kesakitan yang dialami ini berterusan setiap hari sehingga mereka memperolehi bulu yang baru dan cantik.Kalau kita cabut bulu hidung atau bulu ketiak ada yang meleleh air mata.Tetapi helang ini terpaksa lalui semua penderitaan tersebut untuk hidup 30 tahun lagi
Apabila semua proses demi proses berjaya dilalui akhirnya helang ini keluar dari gua untuk menikmati kehidupan baru

Bayangkanlah mereka melalui kepayahan dan 'penderitaan dlm gua itu' semata-mata baki usia 30 tahun lagi! 

Bagaimana dengan kita? Adakah semangat sekuat helang? Hanya diri-sendiri yang mampu ubah

Cik Yaya
019-6703896

No comments:

Post a Comment