Friday, October 3, 2014

SANTAI DI TAMAN LAYANG-LAYANG

Korang pernah pergi taman layang-layang kat Gombak tak? Haritu Yaya pergi sana dengan kawan-kawan. Tak rugi kalau pergi. Bagi yang belum berkesempatan untuk pergi ke taman layang-layang Gombak, bolehlah berkunjung ke sana

Sesuai sangat untuk seisi keluarga bersantai. Sesuai jugak untuk berkelah. Kalau ada anak-anak kecik pun, tak kisah pasal keselamatan dorang. Sebab kat situ ada taman permainan, ada padang yang luas, tasik. Anak-anak boleh lari-lari, main kejar-kejar sesame dorang

Taman permainan 
Barang mainan pun banyak yang dijual. Macam layang-layang, pistol, belon. Macam-macam lagi la. Kalau bawak anak-anak, memang mak ayah kena sediakan duit la. Confirm anak-anak mintak belikan mainan tu. Ada yang mahal, ada yang murah. Mostly dalam RM8 hingga RM15 laa

Makanan ringan pun ada jual kat sana. Keropok lekor, aiskrim putar, goreng pisang, etc. Boleh laa beli buat alas perut masa santai-santai kat sana. Kalau round-round kawasan tu dengan orang tersayang best jugak. Cuma yang kurangnya kawasan parking. Sangat tak sistematik. Ada yang terpaksa double park sebab tak cukup parking. Macam yang kami kena hari tu. Nasib baik laa kereta belakang tu ada tinggalkan nombor telefon


Selain tu, kat taman layang-layang ni ada jual giant bubble. Seriously, ni lah first time Yaya dengar pasal giant bubble. Mula-mula tak ambik kisah pun pasal ni. Yela sebab kita tak tahu kan. Tapi bila dah tengok orang lain main giant bubble, sangat teruja. Tetiba jadi macam kanak-kanak ribena pulak. Terkinja-kinja nak tangkap belon tu. Kebetulan pulak partner Yaya tu photographer. Korang boleh bayangkan tak betapa untungnya hang out with photographer ni? Semua gambar dia sudi ambikkan. Bertuah badan. Dah laa guna kamera mahal. Dapat gambar free kan



Suami isteri yang romantik laa kan


Orang dewasa pun ada yang main giant bubble ni. Tapi Yaya tak de lah beli pun. Just tumpang-tumpang belon orang je untuk ambik gambar.  Bisnes giant bubble ni macam boleh pergi jauh je kan. Yela, 1 scoop = RM1. Scoop dia tu kecik je. Tak ke boleh buat duit tu? Kalau pandai cari peluang, tempat strategik, memang masyuk

Apa ntah yang dorang tengok tu

Satu lagi part best pasal taman layang- layang ni, ramai jugak pasangan pengantin baru yang buat outdoor photoshoot kat situ. Teruja Yaya tengok bila dorang datang dengan baju pengantin lawa-lawa, posing, and then ambik gambar. Taman tu cantik, pandai dorang pilih lokasi. Macam berangan-angan nak photoshoot kahwin kat situ je kan

Bila dok sebelah orang tinggi, macam ni laa jadinya

Ok lah korang. Tu je lah yang Yaya boleh kongsikan pasal taman layang-layang ni. Cuba laa pergi. Bawak family bersantai sesekali. Syok jugak kan

Cik Yaya
019-6703896

No comments:

Post a Comment