Tuesday, December 9, 2014

MAJLIS ANUGERAH SM/SSM

Pada 6 september 2014 yang lalu, Yaya layak untuk naik pentas terima anugerah SM/SSM sebab dah capai target jualan terkumpul sebanyak 20k. Majlis ni diadakan di Dewan PGRM Cheras. Macam biasa, partner Yaya yang photographer tu laa peneman setia. Dari pagi sampai petang dia tunggu, sebab turn Yaya naik pentas terima award pukul 4pm. 

Actually, ni first time Yaya hadiri majlis yang syarikat buat. Sebelum ni Yaya ada kat Kelantan, tengah siapkan thesis. So, tak de masa nak ke KL. Bila dah habis tudy ni, boleh laa jalan-jalan sebab Yaya pun fulltime businesswomen. Heaven je kan rasa sebab tak terikat dengan apa-apa, time freedom.


Oleh sebab first time datang majlis, tempat pulak tak tahu jauh je dakat, kami gerak awal laa dari rumah. Sampai je sana, laaa baru pukul 10am. Pendaftaran bukak pukul 12.30pm. Nampak tak betapa terujanya Yaya masa ni? Sebab mentor pesan jangan datang lambat. 

Haaa 2 jam lebih awal dah terpacak kat situ. Kami sarapan laa dulu. Lepas sarapan, kami pergi taman kat sebelah bangunan dewan tu. Tak tahu laa nama apa. Tapi cantik sangat. Memang tak rugi laa sampai awal. Dapat tempat baru nak photoshoot. Kami pun apa lagi, sakan laa bergambar pagi tu. Bila masuk dewan, mekap dah cair sebab cuaca panas.


Ok berbalik pada majlis tadi, memang yang datang tu pakai baju macam orang nak kahwin. Semua cantik-cantik. Punya laa meriah majlis tu. Ada tarian, ucapan Crown Diamond Manager (CDM), pertunjukan video, dll. Dari ucapan CDM-CDM tu, dapat Yaya simpulkan, setiap orang ada halangan masing-masing untuk berjaya. Semangat perlu kuat dan kental. Jangan cepat mengalah dan tunduk pada keadaan. Terus buat sampai jadi. Memang terbakar semangat kami masa tu untuk buat lebih baik.

Selain itu, sepanjang majlis berlangsung memang kami dah macam-macam gaya posing. Sebab tu memang dah hobi kami. Serius teruja. Sambil-sambil tu, sempat lagi mintak tips dari mentor-mentor macam mana cara nak lebih berjaya. Mentor pulak tak  lokek ilmu untuk berkongsi. Tahu je kan cara nak bakar semangat kami. Barisan mentor-mentor Yaya ialah CDM Salha Zain, CDM Salleha Roslan, bakal CDM Dyna Salleh, dan ramai lagi. Tak dapat nak sebut satu-satu kat sini. 



Mereka semua adalah mentor Yaya sebab semunya tak lokek nak berkongsi. Even dari group lain. Tu yang kagum nya semangat dari Top Leaders Circle ni. Mereka bukan nak berjaya sorang-sorang, malah ajak lagi kita untuk sama-sama berjaya. Yaya yang pada awalnya takut sebab first time datang majlis, sorang-sorang pulak tu (partner ada tapi tugas dia ambik gambar), bila dah join mereka ni, tak de rasa kekok pun sebab masing-masing friendly. Dah macam satu family.


Bila turn Yaya naik pentas, memang berdebar-debar. Dulu naik pentas ambik award thesis takde laa berdebar macam ni kan. Haishhh saje je kan nak bagi Yaya cuak. Bila naik pentas tu, memang Yaya tak ingat apa dah. Nak cepat turun je. Punya laa berdebar. Memang laju Yaya jalan, Yaya sendiri pun tak perasan. 



Sampaikan Kak Dyna Salleh cakap, Yaya jalan macam anak dia yang tadika nak ambik sijil masa konvokesyen. Yaya sengih jela. Sebab memang lucu pun. Memang tahan gelak. Tapi apapun, tahniah jugak kepada penerima award yang lain.


Yang lebih penting, semua usaha kita rasa dihargai oleh syarikat. Kita buat bisnes ni pun bukan saje-saje. Nak bantu family. Tapi bila dapat award macam ni, bonus laa untuk kita kan. Alhamdulillah. Yaya syukur sangat dapat join group yang betul, Top Leaders Circle. Group yang betul-betul boleh bantu Yaya ubah masa depan. Insyaallah more will come in the future



Kami adalah TLC






With my mentor, CDM Salleha Roslan


Gambar ni mahal. bersama CDM Chan






Apa kami gelakkan ni eh? 





Bersama mentor hebat, CDM Salha Zain


Suka sangat2 gambar ni




Family besar TLC. Ada lagi yang tak de dalam gambar






Masa naik stage terima award


Lepas turun stage, terharu mentor tunggu kita kat bawah


Ni lepas dah habis event, makan dulu laa

CIK YAYA
019-6703896

No comments:

Post a Comment