Friday, October 23, 2015

MY WEDDING'S STORY



Alhamdulillah...setelah setahun lebih merancang, kami akhirnya sah bergelar suami isteri pada 26 september 2015. Macam tak percaya pun ada. Tapi tu lah realiti nya sekarang ni, Yaya dah sah jadi isteri orang. Perasaan tu nak kata happy sangat-sangat pun tak jugak. Tapi takde laa sedih kan. Hari nikah kita kot. Takkan lah nak sedih. Just perasaan tu bercampur baur...gembira, terharu, tak percaya, berdebar...semua ada. Mixed well together...sampaikan dah tak tahu nak rasa macam mana


Sebenarnya saya isteri dia


Muka berdebar sebelum akad nikah


Muka lega dah lepas akad nikah...macam lah kita yang dok depan tok kadi kan..


 Tq pok jak dan Eya sudi datang...pasangan pengantin baru jugak ni...awal seminggu dari kami je


 Kami kekasih halal ;)

Actually kami dah lama kenal. Sekolah sesama dulu. Tapi tak pernah nak bertegur sapa. Tak tahu lah kenapa. Maybe sebab masing-masing pemalu and takde keperluan pun untuk bertegur-sapa dulu. hahaha...Tapi perancangan Allah tak siapa yang tahu kan. Memang tak sangka sangat-sangat kahwin dengan orang yang dah lama kenal...sekolah sama...dan rumah husband dekat je pun dengan rumah Yaya. Boleh dikatakan satu kampung lah jugak


Berpeluh-peluh...sebab berdebar ke atau sebab panas...tak tahu lah tu...kena tanya tuan punya badan lah









Terima kasih sabahat-sahabat sebab sudi datang


Family in-law yang memang banyak membantu untuk menjayakan majlis kami 


Bersama mak mertua yang sangat sporting, caring

Rezeki Yaya dapat jodoh dengan orang dekat. Balik raya nanti tak perlu nak gaduh nak balik kampung sape. Kalau Yaya merajuk pun, dia tahu nak cari Yaya kat mana =P


 Ni antara kawan USM yang datang. Tq Nazirah dan suami sebab sanggup datang dari Terengganu...sampai terlepas simpang masuk dah...nasib baik jumpa jugak cari rumah


 Ni jiran-jiran dekat rumah...merangkap kawan bersembang jugak lah ni


 Time ni dah petang sangat dah. Pengantin pun dah tukar baju. Tak larat dah nak pakai baju merah yang berat tu. Tq Nina sudi datang. Kami memang tak sangka Nina sanggup datang. Memang surprise betul. Walaupun sesat sampai 6 kali, tapi lastly jumpa jugak rumah. Tq sangat-sangat


Nina and her mom at our wedding 




 Bersama sepupu 

Permulaan pada hubungan kami bila kami jumpa balik lepas 6 tahun. Sebab lepas SPM, masing-masing dah tak tahu hilang kemana. Memang totally lost contact. Ada laa satu kejadian tu yang buatkan kami contact balik. Actually secara tak sengaja. Masa tu blur memang tak ambik kisah pun. Hati pun tengah sakit, tengah tawar. Tapi husband Yaya ni jenis yang tak putus asa. Dah kena reject 4 kali pun still lagi mencuba. Tu laa kot yang buat Yaya terbuka hati nak terima dia. Lagipun, pengalaman banyak sangat mengajar Yaya. Cari laa orang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia. Takde laa nampak kita yang terhegeh-hegeh. After all, itu sebenarnya memang dah perancangan Allah kan...perancangan nak pertemukan kami...kami je yang tak sedar...sekarang, bila fikir balik, memang semua tu bukan kebetulan...


 Tq Hasma sudi datang...really appreciate it


 Bersama kakak ipar






Tq Ayu sudi datang...happy sangat-sangat 

 
Geng kempal, tq sudi datang...

Kami ni jenis yang straight forward. Tak nak berlama-lama, just kenal and nak nikah terus. Yaya pun dah serik nak lama-lama. Kalau dah ada tu, cecepat kawin jela. Amek pengajaran dari pengalaman lepas

 Malu nak posing atas katil ni, tapi layankan jela orang suruh posing...boleh buat kenangan 







Masa ni masih lagi malu-malu...ikot je apa yang orang suruh gayakan...haha


Carilah lelaki yang mampu terima kita apa adanya...tak mengharapkan yang terlalu sempurna

Actually, kisah kawin kitorang memang dramatik sikit. Sejak dari awal rancang nak kawin lagi. Banyak sangat drama nye. Mostly drama dari family lah. Biasa lah orang lama ni nak ikut adat. Kami ni nak buat yang mana wajib je. Memang drama habis. Tapi alhamdulillah semua tu selesai jugak. Dah selamat nikah dah pun. Well, perlu laa rasa susah sikit sebanyak kan. Baru laa kita hargai. Macam kami sendiri, bukan senang nak fight untuk dapat kawin ni. So,bila dah sah tu, memang akan hargai sungguh-sungguh lah. Selalu orang cakap, setiap sesuatu tu mesti ada hikmah nya kan. Sama laa dengan drama-drama kawin kami ni. Memang ada hikmahnya. Actually bersyukur sebab diuji sebegitu. At least, kami lebih kuat untuk hadapi hari-hari mendatang. Nak gaduh pun rasa rugi, sebab bukan senang nak dapat kawin ni




 
Drama-drama tu biarlah kami simpan sendiri. Bila kenangkan balik, memang boleh sengih sorang-sorang lah. Takpe, ada jugak benda nak cerita dekat anak cucu nanti kan


 TQ Abi Shai sudi datang






Rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki...majlis sambut menantu














Bab persiapan kawin pulak, setelah fight habis-habisan, memang kami buat yang mana perlu sahaja. And Yaya bersyukur sangat. Memang rezeki kami agaknya. Ramai sangat yang membantu persiapan kawin kami. Alhamdulillah...

Keluarga mertua yang memang havoc...agak jakun awalnya bila Yaya yang pendiam ni masuk dalam family yang happening...tapi belajar laa kan...blend with it...after all, happy dapat family happening camni ;)



Kepada family kedua belah pihak, Yaya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Memang tak terbalas jasa-jasa kalian semua. Dari awal merancang sampai lah selamat nikah. Kalau nak dikira, memang tak terkira. Moga-moga segala jasa dan pengorbanan kalian semua diberi ganjaran oleh-Nya


Kepada husband Yaya, terima kasih awak. Sebab terima saya seadanya. Tak mengharapkan sesuatu yang sempurna dari saya. Sentiasa sayang saya lebih dari saya sayang awak (saya sedar pasal ni)...sudi jadi kawan baik saya, sanggup berkorban apa saja untuk saya (saya tahu sampai mana awak sanggup berkorban untuk saya sebab awak dah buktikan)...dan yang paling penting, terima kasih sesangat sebab buat saya lupa yang hati saya ni pernah sakit. Thanks a lot...



Kepada kengkawan dan sedara-mara yang datang masa kami nikah, terima kasih yang tak terhingga. Doakan kebahagiaan kami. Mana-mana yang terkurang tu Yaya mintak maaf...tak sabar nak tunggu korang kawin pulak

Kepada cameraman, Akif dan Puji, thanks a lot. Memang tak terbalas jasa anda berdua. Terima kasih untuk gambar dan video yang cantik

Memang ramai sangat pihak yang membantu dalam persiapan kawin kami. Tak tersenarai dah sape. Apa-apa pun, kami nak korang tahu yang memang kami hargai semua pertolongan tu. Terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam. Moga ada ganjaran untuk korang semua. Amin

Okay lah, itu aje laa untuk entry kali ni. Actually Yaya nak cerita jugak pasal hantaran and bajet kawin kami. Maybe dalam next entry. Nikah ni senang je kalau ikot islam...tak perlu nak susahkan benda yang senang. ok? Enjoy your reading...and terima kasih sudi membaca

"Every love story is beautiful, but ours is my favourite"

Tunggu next entry ya

#TopAgentPremiumBeautiful
Cik Yaya
019-9045851

No comments:

Post a Comment