Saturday, March 5, 2016

BAYI ENGGAN MENYUSU BUAT IBU TERTEKAN - PUNCA DAN SOLUSI NYA???

Hai mommy-mommy semua...


Tengah buat apa tu? Susukan baby ke? Okey harini Yaya nak kongsikan berkenaan penyusuan bayi. Actually Yaya pun takde lah mahir sangat pasal penyusuan bayi ni. Macam yang Yaya bagitahu sebelum ni lah, Yaya ni memang kurang pengalaman bab-bab penjagaan bayi ni. Maklum lah ibu muda kan, baru je nak timang anak, so ilmu pun tak cukup lagi. Ilmu yang Yaya nak kongsikan ni pun Yaya dapat dari pembacaan. Insyaallah bermanfaat untuk kita sama-sama amalkan

Yaya baru je dapat cucu sedara hari tu, lelaki, comel. Maklumlah ada baka siam kan, putih melepak je. Kalau tak tahu jantina, memang ingat baby girl dah. Sebab comel sangat macam baby girl. haha...Nak cubit-cubit je rasa pipi montel tu



Yaya sempat laa jadi pengasuh untuk 2 3 hari. Memang first experience betul bagi Yaya sebab Yaya memang tak biasa dengan budak-budak especially baby. Kalau baby yang baru je lahir tu, lagi laa tak biasa. Sepanjang hidup Yaya 26 tahun ni, memang jujur Yaya bagitahu, memang Yaya tak pernah pegang baby yang umur sehari dua tu. Yang sebulan pun tak pernah kot. Bukan apa, takut lah...sebab lembik lagi kan. Yaya ni pulak kekok. Ubun-ubun pun lembut lagi kan, risau pulak nak pegang

Tapi itu lah, sejak tahu pregnant and bakal ada baby sendiri ni, memang naluri keibuan tu datang dengan sendiri nya. Dah tak rasa takut nak pegang baby even yang baru je umur sehari. Amazing kan, bila Allah dah campak kan naluri keibuan dalam diri wanita tu. Tengok je baby memang jatuh kasih, tak kira lah anak siapa pun


Masa Yaya jadi pengasuh tak bertauliah haritu, sempat laa susukan baby dengan susu formula. Yaya perasan yang baby sekejap hisap, sekejap tak. Ingatkan baby tidur ke apa...so Yaya gerak-gerakkan botol susu tu supaya baby terus menyusu...haha takde pengalaman kan, ilmu pun tak cari. Rupanya tak elok buat macam tu (gerak-gerakkan botol susu) sebab kita tak boleh nak paksa baby supaya menyusu. Ni pun Yaya baru tahu lepas baca artikel ni lah

Okey, Yaya kongsikan artikel tu yang bertajuk

 "BAYI ENGGAN MENYUSU"

First thing first, kita kena tahu dan kenal pasti apa punca yang menyebabkan baby tak nak menyusu


 Antara puncanya ialah:

  • Bayi tak dapat susu yang cukup sebab lekapan salah atau payudara bengkak
  • Kepala bayi ditekan dari belakang
  • Ibu menggerak-gerakkan payudara
  • Susu terlalu banyak dan bayi tidak dapat mengawal hisapan
  • Terpisah dari ibu dalam masa lebih dari seminggu
  • Ibu sakit
  • Bau ibu merubah
  • Gangguan bunyi
  • Cara bayi baru lahir yang tercari-cari payudara
  • Okey, dah kenal pasti kan apa punca yang menyebabkan bayi enggan menyusu. Jadi sekarang, kita baca pulak solusi untuk masalah bayi enggan menyusu ni
Solusi:
  • Pastikan mulut bayi terbuka luas dan dapat menangkap kawasan tompok hitam. Bagi ibu yang mengalami flat/ inverted nipple, boleh gunakan "puller" sebagai alat bantuan untuk keluarkan sedikit puting
  • Jika aliran susu laju, perah sikit dulu sebelum mula menyusu atau tekan sikit payudara dengan pegangan gunting di kawasan berdekatan puting semasa menyusu
  • Elakkan menukar sabun baru atau wangian baru
  • Jika bayi terganggu dengan bunyian, pastikan menyusu dalam suasana yang sunyi
  • Jika cara bayi yang tercari-cari payudara, pegang bayi dengan rapat agar dia dapat melekap dengan baik
  • Bayi tidak boleh dipaksa untuk menyusu. So, kita kena belajar untuk bina hubungan yang rapat. Caranya:
  • Ambil cuti beberapa hari dan pastikan bayi sentiasa bersama ibu
  • Minta orang lain membantu buat kerja rumah
  • Buat sentuhan kulit ke kulit
  • Ibu haruslah bersabar dan jangan tergesa-gesa
  • Bayi mungkin mahu menyusu masa mengantuk atau selepas menyusu dengan cawan
  • Elakkan guna botol atau puting kosong sehingga bayi boleh menyusu semula
  • Jika ibu merasakan reflek pancutan susu, ibu boleh menyusukan waktu ini
  • Elakkan menekan atau menolak kepala bayi serta menggerak-gerakkan payudara

Moga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu menangani masalah bayi yang enggan menyusu. Now, baru lah Yaya tahu kenapa dan macam mana nak handle. haha kesian cucu sedara Yaya asyik kena paksa menyusu je kan. Yaya ingatkan dia lapar ke apa. Kena improve lah next time, nama pun lagi pengasuh tak bertauliah =D

Okey selain dari itu, Yaya nak kongsikan jugak cara untuk banyakkan susu ibu bagi ibu-ibu yang kekurangan susu. Yelah, kurang susu pun salah satu punca bayi tak nak menyusu kan. So better cari penyelesaian nya cepat-cepat

Baby ni kalau lapar, memang nak cepat je kan. Tak boleh nak tunggu dah. Kalau kurang susu tu, memang tendency untuk baby tu mengamuk tinggi la. Aduhai bila dah mengamuk tu, satu rumah boleh dengar baby menangis. Secara tak langsung, ibu-ibu pun turut stress. So ibu-ibu terpaksa lah prepare susu formula. Kesian baby kan. Terpaksa minum susu formula. So why not kita cari cara alternatif untuk banyakkan susu ibu

Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan pemakaian premium beautiful corset

 
Kenapa? 

Sebab premium beautiful ni ada Far Infrared Rays (FIR) yang dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu



FIR merupakan satu spektrum cahaya yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia. FIR akan meresap ke dalam kulit si pemakai dan melancarkan pengaliran darah. Susu ibu kan asal nya daripada darah, so bila darah bergerak lancar, pengeluaran susu pun bertambah banyak 

Yaya kongsikan jugak testimoni premium beautiful yang mampu menggalakkan pengeluaran susu

 
Salah satu nya testimoni Kak Melati dari Melaka. Yaya selalu je share pasal testimoni Kak Mel ni, bukan apa sebab kagum sangat dengan kisah hidup Kak Mel. Kak Mel dah kawin hampir 8 tahun tapi still takde rezeki untuk timang anak. Alhamdulillah asbab pakai premium beautiful dan rezeki dari Allah, Kak Mel sekarang ni dah ada sorang puteri comel, Mia. And Kak Mel berjaya fully breastfeed Mia selama 2 tahun. Sebab menurut Kak Mel, pengeluaran susu badan memang lancar dan banyak, takde sebarang gangguan. Even bengkak susu, tapi tak perasan pun breast dah bengkak and memang takde rasa sakit pape pun. Balik dari kerja terus pam and memang dapat susu yang banyak. Alhamdulillah, rezeki Mia kan


Antara testimoni lain berkenaan premium beautiful corset membantu perbanyakkan pengeluaran susu ibu


Cik Yaya

019-9045851 | 014-5002339

#PremiumBeautifulBanyakkanSusuIbu

#PremiumBeautifulKelantan

No comments:

Post a Comment