Saturday, November 12, 2016

MANTAPKAN ILMU UNTUK MANTAPKAN INCOME


Sepanjang Yaya berbisnes dengan Top Leaders Circle ni, memang ilmu bisnes sangat dititik beratkan. Selalu je dengar mentor pesan cari ilmu. Gali ilmu. Mantapkan ilmu. Dapatkan ilmu bisnes sebanyak mungkin. Sebab bisnes ni sangat berseni, so memang perlukan ilmu untuk terus kekal dalam bidang bisnes ni. And of course laa nak mantapkan income, perlu mantapkan ilmu terlebih dahulu. 


Bisnes tanpa ilmu memang menempah maut. Yela tak takut ke uol niaga dengan takde planning, takde strategi, takde back up plan, takde ilmu. Seram tau. Itu yang banyak kes niaga gulung tikar tu. Sebab ilmu bisnes takde. Kita buat bisnes untuk dapatkan income yang mantap kan. Bukan nak buat bisnes gulung tikar. Kalau ada ilmu yang mantap, insyaallah bisnes kita akan bertahan lama. And income pun akan bertambah mantap. 


Dan hari ni alhamdulillah team Yaya sempat meluangkan masa untuk tambah dan upgrade lagi ilmu bisnes. Kali ni ilmu tentang blog pulak. Terima kasih pada rakan kongsi Yaya yang sanggup datang dari jauh untuk timba ilmu. Yela kalau nak diikutkan, hujung minggu macam ni memang best sangat kalau bersantai dengan family. Tapi mereka ni pilih untuk datang topup ilmu bisnes. Kenapa? Sebab mereka bukan nak bebas masa time hujung minggu je, tapi mereka nak capai bebas masa setiap hari. Insyaallah dengan bisnes ni, bebas masa dan bebas kewangan boleh dicapai. 


Terima kasih juga pada husband Yaya sendiri, Paidi Hasan. Awak memang hebat. Tak berkira, sanggup buat apa saja untuk tengok kejayaan rakan kongsi. Leader hebat macam ni laa yang kita perlukan. Tak lokek ilmu dan tak tinggalkan rakan kongsi terkontang kanting sorang-sorang. Insyaallah setiap ilmu yang awak ajar kami tadi akan dipraktikkan sebaik mungkin. Hanya Allah jua lah yang dapat membalas segala kebaikan awak.


Bertambah manis dan indahnya ber bisnes dengan Top Leaders Circle ni bila anak-anak boleh melekat dengan kita 24 jam. Tak perlu nak hantar pengasuh. Macam Yaya sendiri  memang usung je Safiya kemana-mana. Tak perlu risau orang nak marah. Sebab ni bisnes kita sendiri. Asal kan kita capai apa yang kita rancangkan. Anak-anak bukan penghalang, malah merekalah sebenarnya penguat semangat kita untuk terus buat yang terbaik. Demi masa depan bersama.


Cuba uol bayangkan, kalau kat office boleh ke bawak anak camni? Confirm kena marah dengan bos kan. Beza bila kita buat bisnes sendiri, bawak lah anak tu kemana sekalipun takde sape nak marah. Sebab nya mentor-mentor pun ada anak-anak. So dia pun faham keadaan kita macam mana. Memang ini salah satu impian Yaya. Nak jaga sendiri anak Yaya. Insyaallah Yaya akan buat yang terbaik untuk bebas kewangan dan mantapkan income. Demi masa depan keluarga.



Bagi sesiapa yang nak join kami untuk mantapkan income, jom. Kita timba ilmu sama-sama. Mantapkan ilmu untuk mantapkan income. Feel free to contact Yaya kalau nak tahu lebih lanjut pasal bisnes dengan Top leaders circle ni ye. Jangan segan-segan nanti income pun segan nak datang kat uol :)

Cik Yaya

019-9045851
014-5002339

#PremiumBeautifulKelantan #TopLeadersCircle #BisnesOnline #MantapkanIlmu #SideIncome #MantapkanIncome #FreeCoaching #CikYaya #PromosiPremiumBeautiful #SafiyaIbtisam #EziCleanLaundry #HerbaMaharani #BioSeleza #MarineEssence




1 comment: