Sunday, May 21, 2017

GAMBAR PASSPORT MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP - BEGINNER


 Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Yaya nak share pada semua macam mana kalau kita nak dapatkan Gambar Passport kita sendiri dengan cara paling mudah.
Iya la kan, gambar passport ni selalu sangat kita nak guna pakai kan untuk macam-macam urusan.

Actually Yaya pun baru juga belajar sebab nak guna URGENT gambar pssport ni kan.
Kalau nak pergi ambil kat kedai gambar, agak tak ok la kan setakat nak guna sekeping je kan.
Lagipun kita nak guna yang Soft Copy punya kan.
Tak pasal-pasal nak kena cari scanner lagi untuk scan gambar masuk PC.

Ok lah...
Ni rasanya bagi Yaya step-step paling mudah untuk Create Gambar Passport kita sendiri.

Step 1 : Open Adobe PhotoShop, lepas tu pilih fail gambar yang kita nak guna.
File > Open File > Pilih Gambar


Step 2 : Open New Project


 Step 3 : Pilih saiz project. Untuk Gambar passport saiz yang kita guna Landscape 4x6 inci


Step 4 : Pilih Rectangular Tools (M)  untuk kita pilih bahagian gambar yang kita nak CROP.



 Step 5 : Tarik dan adjust bahagian gamabr yang kita nak.



Step 6 : Right-Click pada Rectangular tadi dan pilih layer via Copy untuk kita masukkan dalam New Project.


Step 7 : Klik + Tarik Layer tadi ke dalam new project bersaiz 4x6 tadi.


 Step 8 : Cltr + T untuk kita adjust kedudukan gambar, zoom dan crop gambar kita tadi.


 Step 9 : Bila dah Crop & Transform mengikut saiz yang kita mahukan, Klik pada butang Confirm Transform.


Step 10 : Kadang-kadang gambar kita agak tak clear dan kita nka cerahkan & gelapkan sikit untuk lagi nampak kemas.
Jadi kita adjust Level gambar kita.
Image > Adjustments > Levels



Step 11 : Pada Windows Adjustment Level akan keluar graf yang macam ni.



 Step 12 : Kita adjust ARROW sehingga kita dapat MODE Gambar yang kita nak. Then klik Ok.




Step 13 : Bila semua dah siap, kita SAVE project kita, which is Gambar Passport kita.
File > Save As


 Step 14 : Pilih folder di mana kita nak simpan file Gambar Passport kita tadi, Letak Nama File, dan Format file tadi. Kebiasaannya kita save gambar sebagai JPEG kerana boleh digunakan pada mana-mana platform dan device.

 Step 15 : Pilih Quality untuk gamabr kita tadi. Biasa Yaya akan pilih yang paling maksimum supaya gambar Yaya tak pecah dan clear walaupun download banyak-banyak kali.







 Step 16 : Ok, gambar passport dah siap. Berbeza kan gambar yang first tadi dengan gambar yang kita dah siap ni. 
Nampak gambar kita ni ada aura tersendiri.
Dan kalau kita guna untuk submit sebarang permohonan, In Shaa Allah akan menangkap jiwa bakal majikan kita nanti.





 Baiklah, setakat ni saja lah perkongsian Yaya untuk hasilkan Gambar Passport sendiri tanpa perlu pergi kedai gambar.
Hasilnya pun agak memuaskan kan. Betul Tak?

Harap apa yang Yaya kongsikan ni dapat bantu uolls kat luar sana.
Jangan lupa share ilmu ni tau.
Moga-moga memberi manfaat pada orang lain kat luar sana.

Boleh juga cadangkan pada Yaya, apa yang awak semua nak belajar lagi. In Shaa Allah Yaya cuba share.

Share blog ni tau... Love you... 

Suhaida Che Yahya | 0196703896

No comments:

Post a Comment