Tuesday, February 6, 2018

PREMIUM BEAUTIFUL SHAH ALAM | CRAMP JARI AKAK LEPAS DATANG SEMINAR NI | MASTERING YOUR SALES


Teknik apa la kan yang diorang guna pakai ni
Kalau sampai cramp jari si akak ni nak reply semua 
Enquiry client kan.

Nak jadi agent pun tak putus-putus masuk
Apa petua yang diorang pakai ni?
Bomoh ke Momok?




Sabtu lepas, Yaya ada follow seminar yang mentor Yaya,
CDM Salleha Roslan anjurkan di Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, Selangor.



Kebiasaannya kalau kelas, seminar daripada mentor ni, 
terbuka untuk semua rakan kongsi je. Tak pernah lagi open 
untuk orang luar @ yang buat bisnes lain.

Tapi kali ni lain sikit seminar ni sebab kami Open untuk Semua.
Sebab tajuk seminar pun dah memang boleh dikatakan Universal
-MASTERING YOUR SALES-


Memang sesuai untuk semua lah pendek kata kan.
Fokus utama seminar kali ni, memang untuk kongsikan 
Ilmu Marketing Blog.
Tapi sebab dah jadi rutin bagi bisnes ni, ada juga slot untuk refresh balik 
Main Produk kami - Premium Beautiful.


Apa-apa pun nak kena longgar-longarkan badan la.
Tak pasal-pasal daripada yang cramp jari je, terus cramp seluruh badan. 
Siapa yang nak menjawab kalau betul-betul jadi ni.


Kami ni tak ada zumba @ pop yeh yeh @ bara bere
Sebab tak gheti sangat nak menari cenggitu.

Nasib baik la SHOM dah train kitorang dengan tarian rasmi SHOM.
Pun boleh la kan. Asalkan sendi-sendi ni gerak. Tak lemau-lemau.



Awalnya Yaya tertanya-tanya jugak siapa la yang akan jadi speaker kali ni. 
Sebab mentor memang akan pilih someone yang terbaik untuk bawa tajuk yang beliau akan bagi.
Alih-alih bila MC - Tuan Halmie umumkan speaker tersebut 
memang Yaya terlopong la sekejap kan.



Mana tak terlopong nya kalau Suami Ku sendiri - Paidi Hasan 
yang jadi speaker hari ni.
Memang tak sangka pun macam mana beliau terpilih.
Memang Yaya akui banyak juga yang Yaya belajar daripada husband ilmu dalam bisnes ni. 
Biasa la kan otak orang lelaki ni dia straight forward je, 
jadi mudah nak faham apa yang dia cerita.


Speaker pertama - Paidi Hasan 
cerita tentang asas Premium Beautiful yang memang jadi 
nadi bagi kami semua dalam bisnes ni. 
Kalau tak, masakan kami satu-satunya team dalam SHOM 
yang ada certificate sebagai Premium Beautiful Expert kan.
Bila dah refresh balik macam ni, terus lagi clear & terus recall balik 
ilmu dan testimoni client-client Yaya selama ni.


Betul lah apa yang orang cakap kan.
Selagi kita tak berhenti belajar, kita takkan rasa ilmu kita dah cukup dah. 
Walaupun Yaya dah bersama dengan Premium Beautiful ni dekat 4 tahun dah, 
tapi banyak lagi ilmu tentang PB yang Yaya sendiri nak kena explore. 
Baru lah lagi confident nak bantu client-client Yaya lepas ni kan.

Hari ni Yaya datang dengan rakan kongsi yang memang 
commit dengan bisnes ni. Sebab bila diorang sendiri dah 
merasa penangan bisnes dengan Premium Beautiful ni, 
lagi cepat mereka boleh follow kan. 


Dan ada juga seorang rakan kongsi merangkap biras Yaya sendiri yang nak belajar 
bisnes yang Yaya buat ni. Beliau pun datang sekali. 
Jadi memang rezeki beliau lah dapat ambil imput daripada 
speaker berpengalaman hari ni kan. 
Alhamdulillah.



Well not bad la presentation si husband Yaya ni.
(biasa la wife ni tak leh puji lebih-lebih nanti senyum tak habis-habis si husband tu nanti hehe).
Sincerely best sangat perkongsian beliau. 
Sebab kami dapat tahu ilmu berbeza daripada sudut pandangan 
seorang lelaki terhadap apa yang kita panggil 
Korset Kesihatan - Premium Beautiful ni.

 
Speaker kedua pun tak calang hebatnya.
Sebab beliau sendiri yang offer diri untuk kongsikan ilmu 
pada kami semua ni.


Dulu Yaya ada sedikit tak selesa dengan beliau sebab nampak macam sombong je (sori Tuan Hafiez). 
Tapi bila dah lama, dah kenal, rupa-rupanya beliau 
memang baik orangnya.
Biasa lah kan engineer Tenaga Nasional Berhad.

Tuan Hafiez ni beliau bisnes sama-sama dengan wife beliau, 
pun orang kuat juga di Telekom Malaysia. 
Sorang TNB, Sorang Telekom Malaysia.


Tapi kedua-duanya memang gandingan mantap.
Si Isteri memang Premium Beautiful Expert.
Si Suami Marketing Expert.
Dalam masa 11 bulan, blog @ webpage mereka konsisten dah ada di First Page Google dah sekarang.
Dan ilmu tersebut juga lah yang beliau 
nak share pada kami hari ni. 

   
Sebelum ni kita cuma tahu nak bisnes kat 
Facebook dan Instagram je kan.
Tapi sekarang ni dah banyak dah halangan yang saudara Mark 
buat kat facebook yang halang kita bisnes secara terang-terangan.
Nak kena bisnes cara underground pulak ya sekarang ni.

 
Tapi ada 1 channel lagi yang still ramai tak guna pakai untuk bisnes.
Kalau ada guna pun ramai yang buat diari.
Tapi tu dulu la.
Sebab sekarang ni platform ni boleh jana income kita 
berkali-kali ganda lagi daripada kita guna FB & IG. 


Channel yang Yaya maksudkan adalah BLOG.

Blog, mesti sahabat tahu kan berkenaan BLOG.
Tapi bila sebut blog je terus rasa dahaga je.
Sebab teringatkan CoolBlog. hehe.
Tak ada lah.


Yang ni BLOG lain. Channel yang sangat compatible dengan 
apa-apa jua bisnes yang ada kat atas dunia ni.
Sebab tu lah seminar ni dibuka pada semua.
Peluang lebih cerah bila guna blog sebagai medium pemasaran.

 
Yaya pun mula-mula bisnes, mentor terus minta adakan blog.
Sebab dalam kumpulan kami memang dah conquer pasaran google.
Kalau search Premium Beautiful di search engine google, 
memang page 1, page 2, page 3 akan jumpa semua blog 
rakan-rakan dari kumpulan kami je.



Tuan Hafiez tunjuk step by step macam mana nak 
set-up sebab ada yang tak pernah lagi buat blog kan. 
Jadi memang detail la. Yaya pun boleh tambah benda baru jugak kat blog Yaya.
Zaman dah berubah, dunia dah maju kan.
Confirm ada benda yang nak kena upgrade punya. 

   
Dah siap semua. Terus senyum lebar la
Mana nak dapat ilmu free macam ni
Ilmu yang mentor dah buat, orang lain pun dah buat

Dan dah dapat hasil pun.
Memang best la kan.
Kata orang, kalau nak buat something, jangan buat sorang-sorang.
Bila buat sama-sama kita lagi mudah nak tangkap.
Mudah nak jadi.



Tapi tak lengkap Majlis Ilmu kali ni kalau tak ada 
Pesanan dari CDM kami yang memang hebat tapi sangat humble
Mentor yang sangat sangat berusaha untuk kami pun dapat
Apa yang beliau dah dapat sekarang.


Kalau yang baru apply pun dah cramp jari.
Agak-agak CDM Salleha Roslan ni lagi lah cramp sampai ke lengan melayan client.
Dah memang beliau apply skill blog ni awal-awal lagi kan
Betul tak?

 
Paling special hari ni.
Kita ada Hot Seat yang akan share pengalaman dapat
Client non-stop untuk produk harga 4 angka.
Semuanya datang serah diri dari blog tau.
Hot Seat yang dimaksudkan ni,
Salah seorang Top Achiever rakan kongsi Yaya juga, 
Zulaikah Haji Fakih.

 
Dalam tak sedar, daripada dulu beliau cakap blurr nak buat bisnes ni, 
tapi sekarang network beliau dah menjalar habis ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dah.
Dan dekat sangat dah beliau nak capai total sales RM180,000 tau.


 
Macam mana seorang yang 50-50 nak mula bisnes dulu,
boleh capai macam ni sekali?
Hanya dengan Premium Beautiful je?
Memang beliau seorang yang tak pernah penat,
Tak henti-henti rujuk mentor



Dan beliau seorang yang menjaga adab dengan semua orang.
In Shaa Allah kita jaga hubungan dengan orang lain.
Allah s.w.t permudahkan jalan rezeki untuk kita kan.



Tahniah tau Zulaikah Haji Fakih.





Selesai sesi fotografi semua.
Memang tak sabar-sabar semua nak tuju ke kafe.
Mana taknya, dalam tak sedar jam dah tunjuk pukul 2 dah.
Patut la perut Yaya pun dah macam ada orang lumba kuda dah.
Kemain dia berkeroncong. Haha.

 
Alhamdulillah 
Sedap Nasi Ayam dia. 
Puas hati la makan.
Bukan sebab lapar tau. Tapi memang sedap.

 
Yaya nak ucapkan terima kasih buat Mentor-mentor lebih-lebih lagi CDM Salleha Roslan yang bertungku lumus usahakan untuk seminar kali ni. Even beliau pun ada anak sekolah, banyak benda lagi, tapi still ada masa untuk fikirkan rakan kongsi beliau.

Yaya juga nak ucapkan terima kasih buat 
MC- Tuan Halmie


Speaker 1 - Paidi Hasan

Speaker 2 - Tuan Hafiez
Kerana banyak kongsi ilmu baru pada kami semua hari ni.

Makin kita belajar ilmu, makin banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya.

Yaya alu-alukan sangat pada semua yang nak belajar
Ilmu bisnes yang Yaya guna pakai 
Yang Yaya dapat daripada semua insan hebat 
Dalam circle Yaya ni.

Klik je link ni
Yaya akan reply secepat mungkin

SAYA NAK BELAJAR



 

1 comment: